Consumer Sales Executive & Financial Executive (MAYBANK)

Jawatan yang ditawarkan untuk penempatan serata Malaysia

Consumer Sales Executive. Pinjaman & kewangan hartanah, MRTA, Pinjaman Unit Amanah dan fasiliti kredit kad

Financial Executive. Insurans nyawa dan pelbagai, produk simpanan dan pelaburan serta fasiliti kredit kad

Nota: Jawatan yang ditawarkan bukannya untuk jawatan telesales ataupun contact centre sebaliknya jawatan untuk jawatan permulaan di sektor perbankan (seterusnya jika anda bekerja dengan ikhlas dan baik, memiliki kriteria diperlukan dan melepasi ujian penilaian kenaikan, kemungkinan besar anda akan ditempatkan di bahagian lain)

Siapa yang patut memohon? Graduan-graduan MCMF/TNP-AEU yang berminat memasuki sektor perbankan tidak mengira latarbelakang akademik anda asalkan anda berminat untuk bekerja di cawangan-cawangan Maybank serata Malaysia serta mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kewangan dan jualan konsumer.

Personaliti. Tonjolkan perwatakan ceria anda kerana apabila anda bekerja, orang ramai tidak akan mengenali anda dengan nama anda sebaliknya anda dikenali sebagai ‘pekerja Maybank’. Jika anda bersikap angkuh ketika bersama pelanggan, mereka akan menilai anda sebagai ‘pekerja Maybank yang angkuh’ ataupun ‘Pekerja Maybank tu teruk betul’ dan bukannya diri anda. Mereka menjustifikasikannya melalui organisasi yang anda wakili. Justifikasi pengambilan anda tertakluk kepada anda sendiri. Gagal atau berjaya bergantung pada rezeki dan cara anda menghadapi temuduga.

Jawatan-jawatan terkini yang ditawarkan oleh Maybank kepada graduan-graduan MCMF/TNP-AEU untuk menjalani temuduga pada 13 Julai 2010 ini adalah jawatan permulaan untuk ditempatkan di setiap cawangan terpilih serata Malaysia. Sukacita untuk dinasihatkan kepada sekalian graduan agar mencuba dengan sebaik mungkin untuk memulakan fasa pertama memasuki kerjaya perbankan.

Senario Sektor Perbankan. Dewasa ini, industri perbankan telah memusatkan pada khidmat pelanggan dan jualan. Pada peringkat ini, graduan-graduan yang terpilih akan dilatih bagaimana berdepan dengan situasi di cawangan serta segala produk-produk seperti fasiliti kredit kad, pinjaman-pinjaman seperti unit amanah (unit trust) dan hartanah, insurans, PA, MRTA, simpanan dan pelaburan dan lain-lain di mana ianya adalah bidang dan cabang perniagaan utama sistem perbankan. Anda perlu mahir dan menguasai semua atau sebahagian besar daripada cabang perniagaannya untuk menjadi seorang pekerja yang mahir dalam kepelbagaian tugasan.

Penempatan Pekerjaan. Sayugia diingatkan, untuk memasuki kerjaya sebagai seorang eksekutif di sektor perbankan ini bukanlah semudah yang disangkakan. Anda sebenarnya mewakili peratusan kecil yang berjaya untuk ditemuduga. Adalah menjadi kebanggaan kami di mana pihak Maybank ingin bekerjasama dengan pihak MyPartners untuk penempatan pekerjaan graduan-graduan MCMF/TNP-AEU di cawangan-cawangan Maybank serata Malaysia. Kita seharusnya memanjatkan kesyukuran kerana pihak Maybank membuka peluang ini kepada graduan-graduan MCMF/TNP-AEU dengan hanya melihat kepada Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG atau CGPA 2.50 dan ke atas) dan bukannya latarbelakang akademik anda.

Dukacita sekali dimaklumkan jika ada graduan-graduan yang masih ragu-ragu untuk mengambil peluang ini di mana anda diberi keutamaan untuk ditemuduga selain dari ratusan permohonan yang saya terima dan ribuan yang diterima oleh pihak Maybank yang terpaksa ditolak hanya kerana anda ingin memilih bidang pekerjaan yang berteraskan latarbelakang akademik anda. Mulakan kerjaya anda di sektor perbankan yang menjamin masa depan anda. Saya pasti jika anda bekerja dengan baik, selain ditawarkan kenaikan jawatan dan gaji, anda juga menikmati pelbagai faedah yang tidak diterima oleh pekerja di sektor-sektor yang lain.

Latihan di Akademi Latihan Maybank , Bangi.  Latihan untuk mereka yang terpilih untuk bekerja di Maybank. Anda akan dilatih di Akademi Maybank selama tiga bulan TERMASUK di cawangan anda akan ditempatkan. Penginapan dan kemudahan lain disediakan selama anda berada di Akademi Latihan. Ketika ini anda telahpun dikenali sebagai pekerja Maybank.

About these ads

3 Comments (+add yours?)

  1. Trackback: PANDUAN TEMUDUGA MAYBANK (ESOK, 13 JULAI 2010) | Makluman Mengenai Penempatan Pekerjaan Graduan MyCareer, MyFuture
  2. Admin
    Aug 26, 2010 @ 17:09:57

    Anda dikehendaki untuk latihan kebolehpasaran sebelum pihak kami boleh meenempatkan anda di Maybank atau lain-lain organisasi. Latihan kebolehpasaran merangkumi pembangunan kerjaya & latihan industri selama dua bulan ini dibangunkan untuk mereka yang ingin menceburi bidang pekerjaan yang tidak hanya menepati latarbelakang akademik mereka malah pelbagai sektor lainnya. Seperti saudara, diploma kejuruteraan yang ingin memasuki sektor perbankan.

    Sila dapatkan maklumat lanjut di blog ini.

    Harap maklum.

    Reply

  3. Admin
    Oct 19, 2010 @ 07:27:28

    Seperti yang dimaklumkan oleh pihak sumber manusia Maybank, beza di antara fungsi dan tugasan FE dan CSE hanyalah mengenai produk yang anda dipertanggungjawabkan. Produk-produk yang ada meliputi insurans, unit amanah (unit trust), pinjaman dan pembiayaan, kad kredit dan lain-lain. Anda dikehendaki untuk memasarkan produk, mendapatkan dan mengenalpasti pelanggan/klien baru dan sedia ada, mengurus dan memproses segala urusan berkaitan, serta tugasan-tugasan hakiki yang berkaitan dengan produk yang akan dipertanggungjawabkan kepada anda kelak.

    Jika ianya menuntut anda untuk keluar membuat promosi di beberapa tempat dalam masa sebulan untuk memastikan target dan KPI anda terlaksana ataupun anda perlu melawat kilang/kedai pelanggan/klien anda yang ingin membuat pinjaman, maka anda diperlukan untuk bekerja di luar masa serta di luar pejabat. Berkaitan tugasan anda yang seringkali keluar, kebiasaannya ada elaun perjalanan, pengangkutan dan kebiasaan bagi mana-mana unit/jabatan pemasaran, anda ada target dan KPI yang akan menjustifikasikan bonus prestasi anda. Wallahualam.

    InshaAllah. Harap mampu menjawab soalan saudara.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: