Makluman Menerima Lantikan Atau Tawaran Bekerja

Dalam masa dua minggu dari tarikh anda ditemuduga, pihak Maybank akan mengenalpasti calon mana yang berjaya, gagal ataupun statusnya masih dalam pertimbangan.

Bagi calon yang berjaya, sukacita dinasihatkan anda perlu menerima tawaran daripada pihak Maybank ini tanpa memberi kata dua kepada mereka (seperti ingin bermula selepas Hari Raya Puasa atau ingin bercuti panjang semasa Hari Raya Puasa) di mana ianya akan menjejaskan tawaran anda kerana dijustifikasikan sebagai kurang berminat dan tidak bertolak ansur.

Walaubagaimanapun, pihak Maybank tentunya  telah memperhalusi perkara ini dan meneliti segala kemungkinan di mana ada sesetengah dari anda yang perlu meletakkan jawatan dalam tempoh sebulan, kurang bersesuaian dengan waktu latihan di Akademi Maybank ataupun masalah komplikasi yang timbul berkaitan permohonan bercuti ketika Hari Raya Puasa.

Sungguhpun begitu, anda perlu meneliti dan mempertimbangkan pilihan yang ada dan jangan menyusahkan pihak lain terutama pihak Maybank, selaku majikan yang menawarkan peluang bagi anda untuk menjadi sebahagian dari pasukan mereka. Apa yang anda perlu ingat, jawatan ini ataupun peluang bekerja di Maybank ini ditunggu-tunggu oleh graduan lain di luar sana. Sehingga ke hari ini saya masih menerima panggilan dari mereka yang ingin menyertai temuduga Maybank di masa hadapan. Ini bermakna, jika anda terlalu memilih dan terlalu meminta-minta, sebahagian besar mereka di luar sana yang masih belum berpeluang menyertai Maybank, pada bila-bila masa bersedia untuk menggantikan anda.

Nasihat saya, sila berbincang dengan pihak majikan anda sekarang (dan bukannya dengan pihak Maybank) untuk memaklumkan perletakan jawatan anda serta anda dibenarkan menghubungi saya untuk sebarang khidmat nasihat mengenai masalah sumber manusia.

Ingat, jangan sia-siakan peluang yang ada di depan mata anda jika anda berjaya kelak!

Harap maklum.

Comments are closed.

%d bloggers like this: