Temuduga CIMB Pada 4 Ogos 2010

Makluman Temuduga CIMB untuk jawatan Contact Centre Executive KHAS untuk pelajar-pelajar graduan MCMF dan TNP-AEU sahaja

Terbuka untuk graduan ijazah dan diploma tidak mengira latarbelakang akademik anda (perhotelan, kejuruteraan, pengurusan dan lain-lain).

Beberapa maklumbalas dari graduan yang telah bekerja memaklumkan mereka telah ditawarkan jawatan yang berlainan dari jawatan yang dipohon ketika temuduga. Mereka terus diserapkan secara tetap ke bahagian operasi. Ini semua atas rezeki masing-masing dan atas kehendakNYA.

Apa yang saya cuba sampaikan ialah, kita takkan tahu apa yang ada di depan kita jika kita tidak berani mencuba. Kesungguhan, ketekunan dan kekuatan anda akan dikenalpasti, tugasan-tugasan anda akan dinilai serta anda kemudiannya ditempatkan ke bahagian tertentu.

Maka, sila cuba untuk jawatan ini dan anda dialu-alukan untuk berhubung dengan saya melalui email/telefon bagi pengesahan temuduga.

Harap maklum.

Comments are closed.

%d bloggers like this: