Tertib Mesyuarat

Adab dan Tertib Mesyuarat Dalam Islam

Setiap perkara ada perkadarannya dan mempunyai adab serta tertib-tertibnya. Untuk melaksanakan mesyuarat anda hendaklah patuh dan taat pada setiap perkara yang diputuskan dalam setiap mesyuarat.

Tiada mesyuarat sebelum mesyuarat (yakni mengkhianati mesyuarat) dan tiada mesyuarat selepas mesyuarat (yakni tidak taat keputusan mesyuarat).

Kedua-duanya gugur dari perhatian Allah Taala. Wallahualam.

Dalam mesyuarat terdiri dari:

1. Usul

2. Syor

3. Taat pada syor yang diputus oleh ketua/amir (lelaki sahaja)

4. Laksanakan dengan ikhlas

5. Wanita boleh memberikan syor tetapi bukan sebagai pembuat keputusan (ketua/amir)

Apabila setiap usul dibentangkan, ketua/amir mesyuarat yang dilantik akan mengambil syor dari setiap mereka yang hadir dimulakan dari mereka yang berada di kanan ketua/amir mesyuarat dan berakhir dengan mereka yang berada di kiri beliau (arah lawan jam).

Ketua/amir mesyuarat akan membuat keputusan selepas melaksanakan Selawat (3x), InshaAllah keputusan yang hadir tidak dikuasai/diilhamkan oleh nafsu.

Kemudiannya taat dengan keputusan. Asbab taat kepada ketua/amir, Allah Taala akan permudahkan semua urusan.

Bagi mereka yang syornya diterima, mereka hendaklah beristighfar kerana bimbang syornya apabila dilaksanakan akan menimbulkan asbab keburukan.

Bagi mereka yang syornya tidak diterima, mereka hendaklah mengucapkan ‘Alhamdulillah’ kerana syornya ditolak dan tidak menimbulkan asbab keburukan (tiada perlaksanaan).

Kemudiannya dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah Taala.

Tertib dalam Islam berlawanan sama sekali dengan apa yang kita ketahui atau belajar selama ini melalui acuan Barat. Kebiasaannya kita akan melobi terlebih dahulu sebelum dan selepas mesyuarat dan mesyuarat cuma tinggal sebagai formaliti. Ini semua kerja yang bertentangan dengan Islam.

Asbab melaksanakan tertib mesyuarat berlandaskan Sunnah ini, Allah Taala memberikan rahmat ke sekalian alam dan asbab kemenangan.

Setiap apa yang anda ingin lakukan sama ada mengambil keputusan untuk temuduga, bekerja, bertukar kerja, masalah di tempat kerja waima untuk makan dan minum sekalipun sebaik-baiknya dilaksanakan mesyuarat untuk mendengar syor. Setiap perkara sebaik-baiknya dilakukan secara berjemaah/ijtimai’/ramai dan ianya lebih baik dari berseorangan dan dikhuatiri anda akan mudah dikuasai nafsu dalam membuat keputusan. Bertanyakan pendapat kekasih anda hanya akan membawa kepada asbab keburukan semata-mata kerana ianya dikuasai nafsu. Sebaik-baiknya laksanakan dengan mereka yang muhrim dan tiada yang lebih baik dari kedua ibu bapa anda (bagi wanita yang telah berkahwin, wajib ke atasnya bermesyuarat dengan suami).

Rahmat Allah SWT terselindung di sebalik Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Wallahualam.

Comments are closed.

%d bloggers like this: