Makluman Terkini Kemasukan Ke Maybank

Makluman terkini yang dimaklumkan oleh Maybank berkenaan kemasukan calon-calon yang telah terpilih untuk jawatan FE dan CSE bergantung pada surat lantikan yang anda terima.

Pertama, jika surat lantikan diterima sebelum Hari Raya (minggu ini atau minggu depan), kemungkinan besar anda akan bertugas pada 14hb September 2010 dan yang kedua, jika anda tidak menerima sebarang surat sebelum Hari Raya, bermakna anda akan mula bertugas pada awal bulan Oktober dan surat lantikan anda akan diberi selepas Hari raya.

Mereka yang tersenarai di antara 33 calon sebelum ini, ANDA TELAH DISAHKAN BERJAYA dan anda tiak perlu risau akan kelewatan surat lantikan anda. Ini kerana pihak Maybank masih menjalankan sesi pengambilan mereka di serata Malaysia dan ini mungkin mengambil masa sedikit untuk menguruskan surat lantikan anda sampai tepat pada masanya. Sila uruskan pemberhentian anda di tempat anda bekerja sekarang dengan cermat.

Anda perlu bertenang dan bagi mereka yang ingin pulang awal ke kampung berhari raya, jika tidak dapat mengambil surat tepat pada masanya (bagi mereka yang mula bertugas sebelum Hari Raya), sila maklumkan kepada kami dengan segera. Setiap pelajar yang akan mengambil surat lantikan akan menerima makluman kami melalui sms alert dan nama anda akan disenaraikan di blog ini seperti biasa. Jadi jangan risau dengan kelewatan menerima surat lantikan ataupun rencana anda ingin pulang berhari raya.

Harap maklum.

Comments are closed.

%d bloggers like this: