Hubungan Industri

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi dengan pelbagai inisiatifnya telah melancarkan PELAN PENGUKUHAN KERJASAMA UNIVERSITI INDUSTRI / MASYARAKAT pada 19 Julai 2010 bertempat di J. W Marriot Putrajaya bersempena dengan perasmian majlis yang julung-julung kali diadakan tersebut.

Sehubungan itu adalah diharapkan pihak industri akan lebih memanfaatkan peluang yang ada bukan sekadar hadir ke majlis tersebut untuk memenuhi undangan pihak Kementerian Pengajian Tinggi serta kerana dihadiri oleh pelbagai VVIP termasuk Y. Bhg. Menteri Pengajian Tinggi YB Dato’ Seri Khaled Nordin, Y. Bhg. KSU KPT Tan Sri Dr Zulkefli B. A. Hassan dan Y. Bhg. TKSU KPT Dato’ Dr Ramli serta dengan kehadiran Y. Bhg. Dato Ir. Dr Radin Umar B Radin Sohadi selaku Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi.

Hasrat kerajaan dan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi  dalam menangani masalah graduan menganggur/tidak bekerja amatlah positif sekali tetapi bak kata pepatah yang tertera pada kad jemputan perasmian tersebut, “dayung sudah di tangan, perahu sudah di air’, bermakna realitinya graduan sudah tersedia, peluang pekerjaan juga terbuka luas di pelbagai organisasi akan tetapi jalinan kerjasama itu sendiri yang belum terjalin.

Pihak industri perlu memainkan peranan penting dalam menggembleng usaha untuk melatih ataupun menempatkan graduan di organisasi masing-masing. Bagi graduan yang kurang mempunyai kelayakan, kami amat berharap sekiranya mereka ini diberikan peluang untuk mendapatkan latihan industri di setiap organisasi yang hadir pada majlis perasmian tersebut sebagai melambangkan komitmen dan  hubungan kerjasama di antara universiti-industri/masyarakat dan bukannya sekadar formaliti menghadiri majlis ataupun sekadar retorik semata-mata jika hanya graduan yang terbaik sahaja yang diambil dan dinilai, sedangkan rata-rata yang ada tidak semuanya mempunyai ijazah kelas pertama atau CGPA 3.50 dan ke atas.

Selepas menjalani latihan, prestasi dan tahap kecekapan mereka akan dinilai untuk ditempatkan di organisasi berkenaan jika bersesuaian. Jika masih tidak bersesuaian untuk diserap, ianya memberi makna graduan ini setelah menjalani beberapa lama latihan industri di organisasi terpilih akan tetapi mereka masih tidak berkelayakan. Ini merumuskan mereka perlu diberi latihan pembangunan diri dan personaliti, cara berkomunikasi, keyakinan dan kemahiran untuk berkata-kata serta berhadapan dengan audien dan sebagainya.

Dan anda selaku graduan harus menjalani latihan & penempatan bagi memajukan diri anda dalam mengenalpasti kekuatan dan memperbaiki kelemahan diri anda sendiri serta jangan terlalu memilih pekerjaan!

Advertisements

Bekerjasama Dengan Pihak MyPartners

Makluman Buat Majikan yang Berminat Untuk Urusan Penempatan Pekerjaan dengan Mendapatkan Calon-Calon Graduan MyCareer, MyFuture Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi

Kami cuma memerlukan komitmen anda dalam menyediakan maklumbalas serta laporan terperinci mengenai calon-calon kami. Contoh laporan boleh didapati melalui Contoh Maklumbalas Serta Laporan dan hendaklah dilengkapkan dalam masa dua minggu selepas menemuduga calon-calon kami. Maklumbalas serta laporan anda akan digunakan untuk mengemaskini status graduan-graduan ke pihak Hubungan Industri, Kementerian Pengajian Tinggi untuk tujuan penyelidikan, statistik, laporan mesyuarat, sesi kemaskini dan perkara-perkara berkaitan

Sebarang kegagalan menyediakan maklumbalas serta laporan dalam waktu yang diperuntukkan akan menjejaskan sebarang hubungan kerjasama industri antara pihak majikan dan MyPartners serta akan disertakan dalam laporan kami ke pihak Kementerian Pengajian Tinggi

Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pihak majikan daripada inisiatif pihak Kementerian Pengajian Tinggi ini dalam menggembleng usaha untuk menyediakan Latihan Kebolehpasaran Graduan institusi pengajian tinggi bagi memudahkan mereka memasuki dunia pekerjaan yang sebenar dan sekaligus memenuhi visi utama kerajaan dalam pembangunan modal insan

Sila hubungi saya, Ismawi Bin Ishak di talian 03-7710 0502 atau email ismawi@mypartners.com.my untuk mendapatkan senarai aktiviti terkini serta maklumat mengenai penempatan pekerjaan MyCareer, MyFuture anjuran Kementerian Pengajian Tinggi

Harap maklum