Tarikh Pengambilan Surat Tawaran MAYBANK, Isnin 8 November 2010

Anda dijangka mula bekerja pada 22 November 2010 dan akan dihantar ke Akademi Maybank, Bangi pada 29 Nov 2010.

Tarikh        : 8 November 2010 (Monday)
Masa        : 10.30 pagi
Tempat        : Resourcing Centre, Level 44 Menara Maybank (hadapan Puduraya)

Harap maklum.

Advertisements

Makluman Terkini Senarai Pelajar Yang Masih Belum Menerima Surat Tawaran

 

Makluman Terkini Senarai Pelajar Yang Masih Belum Menerima Surat Tawaran

Disenaraikan lokasi calon yang akan ditempatkan selepas Hari Raya Haji, selewat-lewatnya 22hb November 2010 (Isnin). Anda akan menjalani latihan di Akademi Maybank pada 29hb November 2010(Isnin).

Anda akan menerima makluman untuk mengambil Surat Tawaran di Menara Maybank pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sebarang penukaran lokasi tertakluk kepada pihak Maybank dan tanpa sebarang pemberitahuan atau makluman. Anda tidak berhak memohon untuk menukar lokasi ataupun meminda tarikh memulakan tugas.

Harap maklum.

1.Mohamad Azmi Bin Jahim                      017-6172816                        KL Sentral
2.Mohamad Hanafi Bin Abu Bakar          012-6673770                       Bandar Kinrara Puchong
3.Mohd Firdaus Bin Zainuddin                  013-6725791                        Bandar Baru Bangi
4.Nooreen Binti Ahmad @ Adam           019-9433180                       Mutiara Damansara
5.Mohamad Azri Bin Jamaludin               013-3307879                       Damansara Utama
6.Nurul Hazwani Binti Abdu Hadi           017-7022344                       Bandar Baru Selayang
7.Haninazira Binti Othman                         017-3727675                       Gemas
8.Siti Nadzirah Binti Amerludin              019-6512104                        Pandan Indah
9.Nani Najmi Binti Muhamad                   013-9207092                      Kuala Kubu Bharu
10.Nurulsazlin Binti Kamarolzaman      012-9454289                      PJ Old Town
11.Fadilah Binti Sabli                                      017-2887683                      Taman Putra

12.Mohd Nazreen Bin Mohd Ramli         013-5969775                       SS2
13.Muhd Uzair Bin Md Dam                       016-6142092                       Cyberjaya
14.Mohd Zulbasriey Bin Mohamad         017-3526024                       CPI Bandar Baru Bangi
15.Syafiq Efendi Bin Abdul Razab            017-9009451                       Kajang
16.Kyairul Zam Zam Bin Abd Razak        012-9222185                       Bandar Sungai Long

Makluman Terkini Kemasukan Ke Maybank

Makluman terkini yang dimaklumkan oleh Maybank berkenaan kemasukan calon-calon yang telah terpilih untuk jawatan FE dan CSE bergantung pada surat lantikan yang anda terima.

Pertama, jika surat lantikan diterima sebelum Hari Raya (minggu ini atau minggu depan), kemungkinan besar anda akan bertugas pada 14hb September 2010 dan yang kedua, jika anda tidak menerima sebarang surat sebelum Hari Raya, bermakna anda akan mula bertugas pada awal bulan Oktober dan surat lantikan anda akan diberi selepas Hari raya.

Mereka yang tersenarai di antara 33 calon sebelum ini, ANDA TELAH DISAHKAN BERJAYA dan anda tiak perlu risau akan kelewatan surat lantikan anda. Ini kerana pihak Maybank masih menjalankan sesi pengambilan mereka di serata Malaysia dan ini mungkin mengambil masa sedikit untuk menguruskan surat lantikan anda sampai tepat pada masanya. Sila uruskan pemberhentian anda di tempat anda bekerja sekarang dengan cermat.

Anda perlu bertenang dan bagi mereka yang ingin pulang awal ke kampung berhari raya, jika tidak dapat mengambil surat tepat pada masanya (bagi mereka yang mula bertugas sebelum Hari Raya), sila maklumkan kepada kami dengan segera. Setiap pelajar yang akan mengambil surat lantikan akan menerima makluman kami melalui sms alert dan nama anda akan disenaraikan di blog ini seperti biasa. Jadi jangan risau dengan kelewatan menerima surat lantikan ataupun rencana anda ingin pulang berhari raya.

Harap maklum.

Makluman Terbaru

Makluman terbaru mengenai pengambilan ke Maybank bagi sesi temuduga 13 Julai 2010 bagi jawatan Financial Executive (FE) dan Consumer Sales Executive (CSE)

Anda diminta bersiap sedia selepas Hari Raya Puasa dan surat lantikan akan dihantar ke alamat calon yang berjaya pada minggu hadapan

Pihak Maybank ingin membuat pengambilan sebelum Hari Raya Puasa akan tetapi memandangkan calon memerlukan masa untuk menghantar surat peletakan jawatan serta latihan akan bermula pada bulan puasa, maka pihak Maybank berbesar hati menangguhkannya dan sesi latihan anda akan bermula selepas Cuti Hari Raya Puasa

Harap maklum

Makluman Menerima Lantikan Atau Tawaran Bekerja

Dalam masa dua minggu dari tarikh anda ditemuduga, pihak Maybank akan mengenalpasti calon mana yang berjaya, gagal ataupun statusnya masih dalam pertimbangan.

Bagi calon yang berjaya, sukacita dinasihatkan anda perlu menerima tawaran daripada pihak Maybank ini tanpa memberi kata dua kepada mereka (seperti ingin bermula selepas Hari Raya Puasa atau ingin bercuti panjang semasa Hari Raya Puasa) di mana ianya akan menjejaskan tawaran anda kerana dijustifikasikan sebagai kurang berminat dan tidak bertolak ansur.

Walaubagaimanapun, pihak Maybank tentunya  telah memperhalusi perkara ini dan meneliti segala kemungkinan di mana ada sesetengah dari anda yang perlu meletakkan jawatan dalam tempoh sebulan, kurang bersesuaian dengan waktu latihan di Akademi Maybank ataupun masalah komplikasi yang timbul berkaitan permohonan bercuti ketika Hari Raya Puasa.

Sungguhpun begitu, anda perlu meneliti dan mempertimbangkan pilihan yang ada dan jangan menyusahkan pihak lain terutama pihak Maybank, selaku majikan yang menawarkan peluang bagi anda untuk menjadi sebahagian dari pasukan mereka. Apa yang anda perlu ingat, jawatan ini ataupun peluang bekerja di Maybank ini ditunggu-tunggu oleh graduan lain di luar sana. Sehingga ke hari ini saya masih menerima panggilan dari mereka yang ingin menyertai temuduga Maybank di masa hadapan. Ini bermakna, jika anda terlalu memilih dan terlalu meminta-minta, sebahagian besar mereka di luar sana yang masih belum berpeluang menyertai Maybank, pada bila-bila masa bersedia untuk menggantikan anda.

Nasihat saya, sila berbincang dengan pihak majikan anda sekarang (dan bukannya dengan pihak Maybank) untuk memaklumkan perletakan jawatan anda serta anda dibenarkan menghubungi saya untuk sebarang khidmat nasihat mengenai masalah sumber manusia.

Ingat, jangan sia-siakan peluang yang ada di depan mata anda jika anda berjaya kelak!

Harap maklum.

Makluman Penting & Dokumen Perlu Dibawa

SEMUA PELAJAR BELUM DIBERI NO GILIRAN (ATTENDANCE NO.) LAGI KERANA KAMI BELUM SEMPAT MENYEDIAKAN SENARAI NAMA YANG LENGKAP. JANGAN PANIK KERANA SEMUA YANG TELAH SAYA HUBUNGI (TELEFON/EMAIL/SMS) TELAH DISAHKAN KE TEMUDUGA TERSEBUT.

INSHAALLAH ESOK SAYA SENDIRI AKAN SMS PELAJAR2 UNTUK NOMBOR GILIRAN MEREKA. KEMUNGKINAN BESAR SAYA AKAN SENARAIKAN NAMA PELAJAR-PELAJAR SERTA NOMBOR GILIRAN MEREKA DI LAMAN INI.

HARAP MAKLUM.

Sila pastikan segala dokumen untuk temuduga Maybank pada 13 Julai 2010 (Selasa) telah dilengkapkan.

Dokumen WAJIB (original & salinan) untuk diberi semasa temuduga:

  • Latest resume (with current & expected salary and 2 referees)        
  • 2 copy of passport photograph
  • 1 copy of I/C
  • Parents’ I/C No.
  • All academic certificates (SPM, Diploma & Degree)
  • Full academic transcripts (Diploma & Degree)
  • School leaving certificate
  • Other certificates – professional qualification, courses etc
  • Last 3 months’ payslip (for mid-career)
  • A copy of spouse I/C (if applicable)
  • A copy of marriage certificate (if applicable)

In absence of their Diploma/Degree certificate, pls provide confirmation letter from their university/college confirming they have completed the course. Pls also advise us the convocation date.

MAKLUMAN PENTING!

BUAT MAKLUMAN TEMUDUGA MAYBANK INI BUKAN TEMUDUGA TERBUKA TETAPI HANYA MELALUI JEMPUTAN. JIKA ANDA BUKAN GRADUAN MCMF/TNP-AEU ATAU NAMA ANDA TIADA DALAM SENARAI YANG DISEDIAKAN, ANDA TIDAK AKAN MENDAPAT SLOT UNTUK DITEMUDUGA WALAUPUN ANDA DATANG DARI JAUH PADA HARI TERSEBUT KERANA SETIAP CALON TELAH DIBERI SLOT/MASA TEMUDUGA MASING-MASING UNTUK SETIAP PANEL BESERTA NOMBOR GILIRAN.

JIKA TIDAK MENERIMA SEBARANG MAKLUMBALAS DARI KAMI (UNTUK NOMBOR GILIRAN DAN SLOT INTERVIEW ANDA) SEHINGGA 8hb JULAI 2010, SILA HUBUNGI KAMI DENGAN SEGERA.

HARAP MAKLUM