Temuduga CIMB Pada 4 Ogos 2010

Makluman Temuduga CIMB untuk jawatan Contact Centre Executive KHAS untuk pelajar-pelajar graduan MCMF dan TNP-AEU sahaja

Terbuka untuk graduan ijazah dan diploma tidak mengira latarbelakang akademik anda (perhotelan, kejuruteraan, pengurusan dan lain-lain).

Beberapa maklumbalas dari graduan yang telah bekerja memaklumkan mereka telah ditawarkan jawatan yang berlainan dari jawatan yang dipohon ketika temuduga. Mereka terus diserapkan secara tetap ke bahagian operasi. Ini semua atas rezeki masing-masing dan atas kehendakNYA.

Apa yang saya cuba sampaikan ialah, kita takkan tahu apa yang ada di depan kita jika kita tidak berani mencuba. Kesungguhan, ketekunan dan kekuatan anda akan dikenalpasti, tugasan-tugasan anda akan dinilai serta anda kemudiannya ditempatkan ke bahagian tertentu.

Maka, sila cuba untuk jawatan ini dan anda dialu-alukan untuk berhubung dengan saya melalui email/telefon bagi pengesahan temuduga.

Harap maklum.

Advertisements

Consumer Sales Executive & Financial Executive (MAYBANK)

Jawatan yang ditawarkan untuk penempatan serata Malaysia

Consumer Sales Executive. Pinjaman & kewangan hartanah, MRTA, Pinjaman Unit Amanah dan fasiliti kredit kad

Financial Executive. Insurans nyawa dan pelbagai, produk simpanan dan pelaburan serta fasiliti kredit kad

Nota: Jawatan yang ditawarkan bukannya untuk jawatan telesales ataupun contact centre sebaliknya jawatan untuk jawatan permulaan di sektor perbankan (seterusnya jika anda bekerja dengan ikhlas dan baik, memiliki kriteria diperlukan dan melepasi ujian penilaian kenaikan, kemungkinan besar anda akan ditempatkan di bahagian lain)

Siapa yang patut memohon? Graduan-graduan MCMF/TNP-AEU yang berminat memasuki sektor perbankan tidak mengira latarbelakang akademik anda asalkan anda berminat untuk bekerja di cawangan-cawangan Maybank serata Malaysia serta mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kewangan dan jualan konsumer.

Personaliti. Tonjolkan perwatakan ceria anda kerana apabila anda bekerja, orang ramai tidak akan mengenali anda dengan nama anda sebaliknya anda dikenali sebagai ‘pekerja Maybank’. Jika anda bersikap angkuh ketika bersama pelanggan, mereka akan menilai anda sebagai ‘pekerja Maybank yang angkuh’ ataupun ‘Pekerja Maybank tu teruk betul’ dan bukannya diri anda. Mereka menjustifikasikannya melalui organisasi yang anda wakili. Justifikasi pengambilan anda tertakluk kepada anda sendiri. Gagal atau berjaya bergantung pada rezeki dan cara anda menghadapi temuduga.

Jawatan-jawatan terkini yang ditawarkan oleh Maybank kepada graduan-graduan MCMF/TNP-AEU untuk menjalani temuduga pada 13 Julai 2010 ini adalah jawatan permulaan untuk ditempatkan di setiap cawangan terpilih serata Malaysia. Sukacita untuk dinasihatkan kepada sekalian graduan agar mencuba dengan sebaik mungkin untuk memulakan fasa pertama memasuki kerjaya perbankan.

Senario Sektor Perbankan. Dewasa ini, industri perbankan telah memusatkan pada khidmat pelanggan dan jualan. Pada peringkat ini, graduan-graduan yang terpilih akan dilatih bagaimana berdepan dengan situasi di cawangan serta segala produk-produk seperti fasiliti kredit kad, pinjaman-pinjaman seperti unit amanah (unit trust) dan hartanah, insurans, PA, MRTA, simpanan dan pelaburan dan lain-lain di mana ianya adalah bidang dan cabang perniagaan utama sistem perbankan. Anda perlu mahir dan menguasai semua atau sebahagian besar daripada cabang perniagaannya untuk menjadi seorang pekerja yang mahir dalam kepelbagaian tugasan.

Penempatan Pekerjaan. Sayugia diingatkan, untuk memasuki kerjaya sebagai seorang eksekutif di sektor perbankan ini bukanlah semudah yang disangkakan. Anda sebenarnya mewakili peratusan kecil yang berjaya untuk ditemuduga. Adalah menjadi kebanggaan kami di mana pihak Maybank ingin bekerjasama dengan pihak MyPartners untuk penempatan pekerjaan graduan-graduan MCMF/TNP-AEU di cawangan-cawangan Maybank serata Malaysia. Kita seharusnya memanjatkan kesyukuran kerana pihak Maybank membuka peluang ini kepada graduan-graduan MCMF/TNP-AEU dengan hanya melihat kepada Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG atau CGPA 2.50 dan ke atas) dan bukannya latarbelakang akademik anda.

Dukacita sekali dimaklumkan jika ada graduan-graduan yang masih ragu-ragu untuk mengambil peluang ini di mana anda diberi keutamaan untuk ditemuduga selain dari ratusan permohonan yang saya terima dan ribuan yang diterima oleh pihak Maybank yang terpaksa ditolak hanya kerana anda ingin memilih bidang pekerjaan yang berteraskan latarbelakang akademik anda. Mulakan kerjaya anda di sektor perbankan yang menjamin masa depan anda. Saya pasti jika anda bekerja dengan baik, selain ditawarkan kenaikan jawatan dan gaji, anda juga menikmati pelbagai faedah yang tidak diterima oleh pekerja di sektor-sektor yang lain.

Latihan di Akademi Latihan Maybank , Bangi.  Latihan untuk mereka yang terpilih untuk bekerja di Maybank. Anda akan dilatih di Akademi Maybank selama tiga bulan TERMASUK di cawangan anda akan ditempatkan. Penginapan dan kemudahan lain disediakan selama anda berada di Akademi Latihan. Ketika ini anda telahpun dikenali sebagai pekerja Maybank.

Temuduga Maybank 13 Julai 2010 (Jemputan sahaja)

Makluman kepada pelajar-pelajar MyPartners MCMF/TnP-AEU yang berminat untuk menghadiri temuduga Maybank pada tarikh dan tempat seperti yang tertera di bawah.

TEMUDUGA        :               MAYBANK BERHAD

TARIKH                :               13 JULAI 2010

TEMPAT               :               HOTEL LEGEND, KUALA LUMPUR (DEPAN THE MALL, BERSEBELAHAN PWTC. TURUN DI STESEN LRT ‘PWTC’)

JAWATAN           :               CONSUMER SALES EXECUTIVE

                                                FINANCE EXECUTIVE

TANGGAGAJI    :               IJAZAH                 RM2000 – 2200                  GAJI APABILA DISERAP RM2,470.00 BELUM TERMASUK ELAUN & INSENTIF

                                                DIPLOMA            RM1600 – 1800                  GAJI APABILA DISERAP RM2,000.00 BELUM TERMASUK ELAUN & INSENTIF

STATUS                :               KONTRAK (1-2 TAHUN. AKAN DISERAPKAN TETAP PADA BILA-BILA MASA MENGIKUT TAHAP KECEKAPAN ANDA)

KELAYAKAN       :               IJAZAH DAN DIPLOMA SAHAJA

CGPA                      :               2.50 DAN KE ATAS

(SILA RUJUK DOKUMEN WAJIB YANG PERLU DIBAWA)

 Terbuka bagi pelajar-pelajar MCMF/TnP-AEU yang masih belum bekerja atau yang telah bekerja tetapi ingin mencuba di sektor perbankan yang terjamin. Pekerjaan anda bukanlah di bahagian contact centre tetapi permulaan bagi memasuki sektor perbankan.

 Anda dibenarkan meminta ditempatkan sama ada ingin bekerja di hometown atau yang berdekatan dengan tempat anda termasuk di Sabah dan Sarawak. Akan tetapi sebarang penempatan tertakluk sepenuhnya di pihak Maybank Berhad mengikut keperluan.

 Pemohon yang berjaya akan diberi latihan di Maybank Academy serta di cawangan anda ditempatkan.

 Anda boleh menghubungi saya sama ada melalui email ismawi@mypartner.com.my ataupun di talian 03 7710 0502 / 017 247 2181 sebelum jam 5.30 petang, Jumaat 2 Julai 2010 untuk mengesahkan tempat.

 BUAT MAKLUMAN INI BUKANLAH TEMUDUGA TERBUKA TETAPI MELALUI JEMPUTAN MAYBANK SAHAJA. JIKA NAMA ANDA TIADA DALAM SENARAI NAMA YANG DISEDIAKAN, ANDA TIDAK AKAN MENDAPAT SLOT UNTUK DITEMUDUGA. SETIAP PELAJAR AKAN DIBERI NOMBOR DAN WAKTU UNTUK DITEMUDUGA. SILA BERADA SETENGAH JAM LEBIH AWAL DARI WAKTU TEMUDUGA YANG DIJADUALKAN UNTUK TUJUAN PENDAFTARAN.

 Sukacita diingatkan, anda diwajibkan hadir temuduga setelah mengesahkan kehadiran anda dengan mengisi borang di bawah atau sms maklumat yang dikehendaki kepada 017 247 2181. Kami akan menghubungi anda untuk sebarang tips dan maklumat berkaitan.

 Borang:

  To fill up by YOU and kindly please pass to us immediately To fill up by US & to submit to Maybank for approval
No Name Batch Contact No Qualification Institution CGPA *Status Preferred Location Attendance No *Waiting Time Interview Time
                       
                       

*Waiting Time: To fill-up form, document checking and profiling test by Maybank

*Status: Please update your current status, it will be your added advantage to the application (as experienced) 

SMS:

Name, Batch, HP No, Qualification, Institution, CGPA, Status, Preferred location

 Contoh Borang:

  To fill up by you and kindly please pass to us immediately To fill up by us & to submit to Maybank for approval
No Name Batch Contact No Qualification Institution CGPA *Status Preferred Location Attendance No *Waiting Time Interview Time
1 Suzila Bt Sidek AEU 23 0123456789 Diploma In Electrical Engineering POLISAS 2.55 Employed/Contract. Mgmt Trainee, 6 months at Jusco Kelantan MBB1307-1 10.00am 10.30am
2 Razali B Othman MCMF 10 0134567890 Degree In Tourism UiTM 3.01 Unemployed Perlis MBB1307-2 1.30pm 2.00pm

*Waiting Time: To fill-up form, document checking and profiling test by Maybank

*Status: Please update your current status, it will be your added advantage to the application (as experienced)

 Contoh SMS:

Nama Suzila Bt Sidek, Batch MCMF 10, HP No 0123456789, Diploma in Electrical Engineering, POLISAS, CGPA 2.55, Status Employed/Contract Mgmt Trainee @6 months at Jusco, Preferred Location Kelantan

 Sila maklumkan kepada rakan-rakan dalam batch anda yang berminat dan sila maklumkan kepada saya secepat mungkin. Sila abaikan mesej ini jika ianya tidak berkaitan dengan saudara/saudari.

Dokumen yang diwajibkan ketika temuduga:

 Original dan salinan: 

  • Latest resume (with current & expected salary and 2 referees)        
  • 2 copy of passport photograph
  • 1 copy of I/C
  • Parents’ I/C No.
  • All academic certificates (SPM, Diploma & Degree)
  • Full academic transcripts (Diploma & Degree)
  • School leaving certificate
  • Other certificates – professional qualification, courses etc
  • Last 3 months’ payslip (for mid-career) –*untuk yang ada pengalaman
  • A copy of spouse I/C (if applicable) – bagi yang dah berkahwin
  • A copy of marriage certificate (if applicable) – bagi yang dah berkahwin


In absence of their Diploma/Degree certificate, please provide confirmation letter from their university/college confirming they have completed the course. Pls also advise us the convocation date.