Apa itu Program MCMF?

Program Kebolehpasaran Graduan MyCareer, MyFuture (MCMF)

Program ini terbuka buat graduan Ijazah dan Diploma dari sebarang institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Program kerjasama di antara MyPartners Sdn Bhd dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam menangani masalah graduan menganggur serta mempertingkatkan kebolehpasaran individu dalam menceburi dunia pekerjaan. Di penghujung progam, graduan akan didedahkan dengan proses pengambilan kerja sebenar sehinggalah mereka ditawarkan bekerja di mana-mana syarikat yang mengambil bahagian.

Program ini dijadualkan selama dua bulan dan mempunyai 200 jam kredit dalam memberikan penekanan kepada komunikasi dan pembentangan dalam Bahasa Inggeris, nahu dan tatabahasa, komunikasi inter perseorangan dan intra perseorangan, perkembangan jatidiri dan pelbagai lagi. Modul ini dibentuk khusus bagi mempertingkatkan kebolehpasaran mereka untuk berdayasaing dalam dunia pekerjaan yang semakin kompetitif. Graduan turut diberi latihan spesifik untuk setiap industri seperti Peruncitan (Retail), Perhotelan (Hospitality), Kewangan (Finance), Teknologi Maklumat (IT), Sumber Manusia (HR), serta Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service).

Program ini menawarkan insentif RM300.00 sebulan yang akan diberikan untuk peserta yang layak dan graduan akan mula didedahkan dengan temuduga sebenar dalam minggu keenam (6) sehinggalah mereka terpilih dengan mana-mana syarikat atau organisasi termasuk GLC (Government Linked Company), MNC (Multinational Corporation) serta pelbagai agensi pekerjaan penyumberan luar (BPO – Business Process Outsourcing). Sayugia diingatkan bahawasanya penempatan pekerjaan tidak boleh dibuat sama sekali untuk mana-mana sektor kerajaan, akan tetapi tips-tips untuk menghadiri peperiksaan, penilaian (assessment) serta temuduga PTD/gred 41 boleh didapati di laman ini (sila rujuk Tips PTD/Gred 41).

Tiada sebarang caj atau bayaran dikenakan kerana kami di MyPartners Sdn Bhd bukan sebuah entiti pencari pekerjaan akan tetapi sebagai Pengurus Projek bagi Program Kebolehpasaran Graduan MyCareer, MyFuture di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi.

Harap maklum.

%d bloggers like this: